Sunday 24 April 2011

FLORA di cameron highland.





 moh ler ke Cameron Highlands.

 
Udaranya tidak seperti di Genting Higland yang sejuk kering. Pada ketinggian yang tak bape pasti suasana kedinginan sudah dapat di rasai. Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia .Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang,Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm,Green Farm,Rose Valley Village,Butterfly Farm,Butterfly Garden,Kea Farm, Pasar Sayur,Uncle Sam Farm,Cactus Point,Tokong Sam Poh ,Cactus Valley,Strawberry Farm,rumah rehat dan padang golf.

Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba.Di sini juga terletaknya Gunung Beremban,Gunung Jasar ,Gunung Perdah dan Air Terjun Robinson.Lain-lain lokasi ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekel elektrik.
strawberry
Hotel Equatorial 
Equatorial Cameron Highlands adalah satu-satunya resort yang terletak di titik tertinggi bersebelahan dengan pasar sayur dan Kebun strawberry.

The Smokehouse Hotel & Restaurant
Rumah asap ini adalah salah satu “trademark’ popular di Cameron Highlands.

Makanan : Steamboat merupakan hidangan wajib kepada setiap pelancong yang datang ke sini kerana cuaca persekitaran yang sejuk serta sayuran-sayuran segar.

Pasar malam : Jumaat, Sabtu dan Ahad (4.30 petang dah ada)

Pagi yang sejuk dan  paling seronok macam berada di luar negara. Sebelah Hotel Equatorial terdapat ladang strawberi 'self-plucking' untuk ambil dan petik sendiri strawberry dari kebunnya. dan makan paling sedap ialah JAGUNG REBUS atau JAGUNG BAKAR makan semasa panas2 sangat menyelerakan. Ada setengah orang mengatakan jagung ni kalau dah beli dan bawa balik rumah dah jadi tak sedap. bila seronok nya makan dekat cameron highland dengan cuaca nya yang sejuk itu.
 
jagung bakar
DAN jangan lupa pula dengan cendawan goreng yang boleh dikatakan POPULAR dekat cameron ini. bila sejuk2 dekat atas dapat pula cendawan goreng fresh di masak panas2 alangkah seronok nya. cuba lah dulu jika anda melewati pasar-pasar malam yang ada di cameron pasti makan satu nak lagi.

Jangan lupa singgah di Sungei Palas Tea Centre yang terletak di Ladang Boh Sungei Palas. Tempat ini dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 9 pagi hingga jam 4.30 petang. Kunjungan kami ke sini memberi peluang mengetahui bagaimana teh diproses sebelum dipasarkan. Sebelum bertolak pulang, rakamkan memori indah dan bawalah pulang sejambak bunga segar untuk yang tersayang.
 
light pink n yellow rose  =)
 

Ambillah masa berehat dengan suasana nyaman dan tenang...

No comments:

Post a Comment